WHO AM I ?



Hi , Welcome to my blog ! I am Nuril and from Kelantan. I'm currently studying at Uitm Puncak Alam in Bachelor of Pharmacy .

If you have any questions, feel free to ask or dm me anything that crosses your mind on my curiouscat account! You can also simply click on the "ASK ME" button above to ask your question anonymously.

I will try my best to reply your questions as soon as possible. Do check the website for my answers from time to time. Thank you :)


READ MORE ABOUT ME
Contoh jadual harian pelajar cemerlang
21.3.17 | 0 comments


Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad

Assalamualaikum and Hi !

Harini nuril nak share satu contoh jadual pelajar cemerlang yang adik2 boleh follow dan sangatlah bagus. Korang maybe takleh follow 100% jadual ni kan, ofcourse akan lari sikit dengan aktiviti harian korang. Tapi takpe, jadikan jadual ni panduan ni untuk korang buat jadual lebih better and ikut kemampuan masing2. 
CLICK HERE untuk doa mudah menghafal dan sebelum belajar. Amalkan selalu ya :)
CLICK HERE untuk tips dan teknik belajar yang berkesan.
05.00 pagi
Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan berwuduk
Buat solat sunat tahajjud
Aktiviti mentelaah dan menghafal

06.00 pagi
Solat Subuh, (lelaki digalakkan solat berjamaah di masjid)
Baca Ayat Kursi, Berdoa dan membaca Al-Quran

07.00 pagi
Bersiap diri untuk ke sekolah dan bersarapan

07.45 pagi – 02.00 petang
Di sekolah (memberi penumpuan kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran)

02.30 petang – 03.00 petang
Solat Zohor (lelaki digalakkan solat berjamaah di masjid ), Baca Ayat Kursi, Berdoa dan berehat

03.00 petang – 04.30 petang
Ulangkaji / kelas tambahan / Baca Al-Quran / kokurikulum
Baca surah Ar-rahman

04.45 petang
Solat Asar (lelaki digalakkan solat berjamaah di masjid )
Baca Ayat Kursi, Berdoa
Baca surah An-Naba'

05.30 – 06.45 petang
Riadah / Bersukan

07.30 malam
Solat Maghrib, (lelaki digalakkan solat berjamaah di masjid ) / membaca Al-Quran / makan malam
Baca  surah Al-Waqiah

08.30 malam – 09.00 malam
Solat Isyak, (lelaki digalakkan solat berjamaah di masjid) dan Sunat Hajat
Baca surah Al-Mulk

09.00 malam – 10.45 malam
Ulangkaji pelajaran / persediaan untuk pengajian hari besok / belajar malam

11.45 malam
Baca Ayat Kursi, Al-Ikhlas x3, Al-Falaq, An-Nas, berdoa dan tidur

Tips penting!
Istiqamah juga dalam melakukan amal ibadah. Tingkatkan amal ibadah wajib dan sunat. Latih diri untuk sentiasa buat qiamullai. Bangun malam, buat solat tahajjud, solat hajat dan lain2 lg. Jangan tinggal solat dhuha 4 rakaat di pagi hari. Sama2 kita minta pertolongan Allah, semoga Allah berkati segala usaha kita, dipermudahkan segala urusan pembelajaran, diberikan daya ingat yang kuat serta kefahaman dalam apa yang sahaja ilmu yang kita belajar. Semoga apa yang saya kongsi ini bermanfaat untuk semua! :)

Selamat mencuba dan amalkan selalu ! All the best :D


Credit : nur aizzul

Labels: