WHO AM I ?



Hi , Welcome to my blog ! I am Nuril and from Kelantan. I'm currently studying at Uitm Puncak Alam in Bachelor of Pharmacy .

If you have any questions, feel free to ask or dm me anything that crosses your mind on my curiouscat account! You can also simply click on the "ASK ME" button above to ask your question anonymously.

I will try my best to reply your questions as soon as possible. Do check the website for my answers from time to time. Thank you :)


READ MORE ABOUT ME
Senarai Barang Untuk Dibawa Ke Universiti
26.1.17 | 0 comments


Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad

 Assalamualaikum and Hi !

Buat lepasan SPM atau STPM yang takpernah duduk asrama, here's a special post for you guys, hehe. Dah dapat result dan tawaran universiti, antara benda yang kita fikir adalah apa barang2 yang perlu bawa ke universiti nanti kan.

Harini nuril nak share lah kat korang satu benda yang of course budak-budak lepasan SPM or STPM yang biasanya akan tertanya-tanya macam saya sekarang ni, hahaha . Entah tiba-tiba rasa nak sangat tahu benda ni, padahal lambat lagi kot. Result SPM pun tak keluar lagi. Yelah mana taknya kalau ada rezeki masuk Universiti nanti of course kena tahu jugak kan, persediaan awal lah katakan hahaha. Oh by the way , bagi yang keliru and tertanya-tanya  berkenaan barang yang perlu dan wajib dibawa untuk masuk ke universiti nanti , meh sini nuril senaraikan kat bawah:

SENARAI PERTAMA :

Senarai pertama ini lebih kepada barang-barang yang berbentuk dokumen peribadi pelajar.

  1. Salinan kad pengenalan pelajar
  2. Salinan slip SPM pelajar
  3. Surat tawaran kemasukan ke universiti
  4. Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
  5. Slip penyata gaji ibu bapa
  6. Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
  7. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
  8. Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY
  9. Gambar passport (4 keping ke atas)
  10. Salinan kad pengenalan ibubapa
*Simpan dalam fail untuk memudahkan kalian membawa dokumen ini ke sana sini*

SENARAI KEDUA :

Senarai kedua ini merupakan senarai pakaian yang perlu dibawa untuk ke universiti nanti.

  1. Baju kurung yang cukup (antara 5 hingga 10 pasang) *untuk perempuan*
  2. Baju melayu yang cukup (antara 5 hingga 10 pasang) *untuk lelaki*
  3. Baju kemeja lengan panjang (3 helai dan ke atas) *untuk perempuan dan lelaki*
  4. Baju kemeja lengan pendek (3 helai dan ke atas) *untuk lelaki*
  5. Baju pyjama untuk tidur
  6. Baju sukan (T-shirt putih lengan panjang atau pendek)
  7. Baju T-shirt untuk kegunaan riadah petang
  8. Blouse / jubah untuk ke kelas kuliah
  9. Cardigan *untuk perempuan*
  10. Sweaters / Hoodies
  11. Baju basahan untuk kegunaan di dalam asrama/kolej kediaman
  12. Kain sarung *untuk perempuan jika perlu sahaja*
  13. Seluar sukan untuk kegunaan riadah petang / aktiviti lasak
  14. Seluar slack untuk ke kelas kuliah
  15. Skirt panjang *untuk perempuan*
  16. Skirt dalam *untuk perempuan*
  17. Mini skirt 
  18. Pakaian dalam
  19. Singlet dalam *untuk perempuan*
  20. Shawl / tudung bawal / tudung sarung
  21. Inner / scraf tudung
  22. Stoking (lima helai ke atas)
  23. Handsocks
  24. Kasut untuk kegunaan ke kuliah
  25. Kasut sukan
  26. Kasut formal
  27. Selipar tandas
  28. Kasut / selipar / sandal untuk kegunaan riadah / bersiar-siar / shopping
  29. Apa-apa jenis pakaian/seluar yang bersesuaian.
*Pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat*

SENARAI KETIGA :

Senarai ketiga ini lebih kepada alatan mandian atau alatan yang perlu ada dalam tandas yang perlu dibawa oleh semua pelajar.

  1. Sabun mandi
  2. Shampoo
  3. Pencuci muka / skincare products
  4. Ubat gigi & berus gigi
  5. Bedak sejuk *jika perlu*
  6. Ubat anti-jerawat *jika mahu*
  7. Minyak wangi
  8. Bedak badan / bedak muka
  9. Lip Ice (bagi mengelakkan bibir kering)
  10. Rexona untuk mengurangkan bau ketiak *penting!*
  11. Alatan make-up *untuk perempuan sekiranya perlu sahaja*
  12. Baldi / gayung
  13. Berus untuk berus lantai tandas *jika perlu*
  14. Baldi/bekas kecil untuk letak alatan mandian
  15. Sabun basuh baju & Softlan
  16. Sabun & span untuk basuh pinggan & cawan
  17. Berus untuk cuci pakaian
  18. Pencukur
  19. Berus badan
  20. Pantiliner *untuk perempuan*
  21. Pads *untuk perempuan*
  22. Tuala muka / tuala badan / tuala kecil / tuala besar
  23. Lampu meja
  24. Alatan lain yang dirasakan perlu

*Bawalah dengan jumlah yang cukup*

SENARAI KEEMPAT 

Senarai keempat lebih kepada senarai alat tulis yang wajib dibawa terutamanya untuk ke kelas kuliah.

  1. Pen 
  2. Pensel tekan & ubat pensel
  3. Pensel warna (jika mahu dan jika perlu)
  4. Pen warna warni (penting untuk menulis nota)
  5. Highlighter
  6. Correction tape / liquid paper
  7. Pemadam / peraut / pembaris (secukupnya)
  8. Stapler dan ink stapler
  9. Pita pelekat dan gunting
  10. Gam
  11. Buku nota (secukupnya)
  12. Kertas kosong A4 / kertas kajang / kertas graf (secukupnya sekiranya perlu)
  13. Marker pen
  14. Set geometri (jika perlu)
  15. Calculator *wajib!*
  16. Laptop & charger laptop  *wajib!*
  17. Klip kertas
  18. Fail
  19. Sticky notes
  20. Pendrive
  21. Rak buku yang bersaiz sederhana kecil
  22. Bekas untuk letak alat tulis
  23. Alatan lain yang berkaitan dan sekiranya perlu
*Bawalah dengan jumlah yang cukup*

SENARAI KELIMA 

Senarai kelima merupakan senarai penting untuk keselesaan, kemudahan dan kedamaian di dalam bilik asrama / kolej nanti.

  1. Bagasi untuk menyimpan segala jenis pakaian
  2. Beg sandang / backpack untuk pergi ke kuliah
  3. Handphone / tablet / charger usb
  4. Earphone / Headphone
  5. Kerongsang / pin tudung
  6. Cermin kecil
  7. Jam tangan
  8. Payung kecil
  9. Benang & jarum jahit
  10. Wallet
  11. Kunci mangga yang kecil untuk kunci beg (penting untuk mengatasi kecurian)
  12. Power bank 
  13. Pewangi bilik
  14. Kipas mini
  15. Tisu basah / kering
  16. Plastik sampah
  17. Kain lap
  18. Lampu suluh
  19. Hanger baju & tudung
  20. Penyepit baju
  21. Starch tudung
  22. Sikat rambut
  23. Pengering rambut
  24. Minyak rambut
  25. Alas kaki
  26. Tupperware
  27. Botol air
  28. Extension plug
  29. Tong sampah kecil
  30. Cadar untuk tilam/katil
  31. Bantal & sarung bantal
  32. Selimut
  33. Karpet / tikar untuk keselesaan
  34. Iron / ironing board
  35. Sejadah / telekung / songkok
  36. Radio / speaker *jika perlu*
  37. Kudapan
  38. Periuk nasi
  39. Cerek air
  40. Gelas / pinggan / mangkuk / sudu garfu
  41. Sapu tangan
  42. Ubat-ubatan (selesema, batuk, antibiotik dan demam WAJIB BAWA)
  43. Minyak angin / minyak urut / minyak yang berkaitan dengan kesihatan
  44. Pembalut luka
  45. Perhiasan untuk di dalam bilik
  46. Al-Quran / Yaasiin
  47. Pengetip kuku
  48. Kapas telinga (cotton buds)

*dan lain-lain mengikut keperluan dan cita rasa masing-masing*

Credit to : Kak Syafiqah

Labels: