WHO AM I ?



Hi , Welcome to my blog ! I am Nuril and from Kelantan. I'm currently studying at Uitm Puncak Alam in Bachelor of Pharmacy .

If you have any questions, feel free to ask or dm me anything that crosses your mind on my curiouscat account! You can also simply click on the "ASK ME" button above to ask your question anonymously.

I will try my best to reply your questions as soon as possible. Do check the website for my answers from time to time. Thank you :)


READ MORE ABOUT ME
Kemasukan ke IPTA/ ILKA/ Politeknik sesi 2017/2018
28.1.17 | 0 comments


Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad

Assalamualaikum and Hi ! 

Kepada lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf, kemasukan ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) / ILKA (Institut Latihan Kemahiran Awam) / Matrikulasi dan Politeknik bagi Sesi Akademik 2017/2018 perlulah melalui permohonan Secara Online yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan Pengurusan Pelajar , Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum itu, para pemohon mesti memahami prosedur permohonan serta perlu sentiasa peka dengan setiap maklumat dan informasi terkini yang dikeluarkan dari masa ke semasa.



Panduan Penting

Berikut adalah 5 Prosedur atau Panduan Asas yang perlu diketahui dan dilakukan tindakan untuk membuat permohonan Kemasukan IPTA secara Online (atas talian) 2017




1. Persediaan Awal

Pastikan pemohon memilih bidang dan kursus yang betul serta pilihan pusat pengajian yang bertepatan dengan kelayakan dan minat. Ini berikutan terdapatnya lebih dari 1000 program yang ditawarkan dipelbagai pust pengajian.


2. Kenal Pasti Tarikh Penting.

Pemohon mestilah sentiasa peka dan ingat akan tarikh-tarikh penting disepanjang proses permohonan kerana tindakan mesti diambil segera dan tanpa tertinggal.

Sila rujuk tarikh-tarikh penting di sini: Panduan Permohonan Kemasukan Sesi 2017/2018


3. Semak Syarat-Syarat Kemasukan

Penting bagi pemohon memahami dan menepati setiap kriteria atau garis panduan yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat kemasukan kerana kesilapan tidak mematuhinya akan membuatkan permohonan anda gagal.

Sila rujuk Syarat Kemasukan di sini :  Syarat Kemasukan & Kategori Pemohon ke IPTA


4. Mengisi Borang Secara Online

Permohonan ke pusat pengajian tinggi hanya dibuka secara atas talian atau online.

IPTA/ ILKA dan Politeknik - Terdapat prosedur khusus untuk mengisi borang UPU. Sila rujuk di sini: Panduan Isi Borang UPU Online Sesi 2017/2018

Universiti Sains Malaysia (USM) - Permohonan di sini: https://pohon.usm.my/

Universiti Malaya (UM) - Permohonan di sini: https://myum-id.um.edu.my/


5. Dapatkan maklumat terkini dan semasa yang tepat dan sahih.
  • Portal Rasmi: http://upu.mohe.gov.my
  • Facebook: FB Rasmi UPU
  • Instagram: INSTAGRAM @kemasukanbpkp
  • Talian Helpline: (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. (Hanya hari bekerja - jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang)


Credit to : bmblogr

Labels: