Hi , Welcome to my blog ! I am Nuril and from Kelantan. I'm currently studying at Uitm Puncak Alam in Bachelor of Pharmacy .
If you have any questions, feel free to ask or dm me anything that crosses your mind on my curiouscat account! You can also simply click on the "ASK ME" button above to ask your question anonymously.
I will try my best to reply your questions as soon as possible. Do check the website for my answers from time to time. Thank you :)
Oleh itu fahami dan lakukan ia mengikut setiap arahan yang telah diberikan dalam tempoh masa yang telah di tetapkan. Korang boleh rujuk "5 Prosedur atau Panduan Asas yang perlu diketahui" untuk kemasukan ke IPTA Sesi 2017/2018
Tarikh Permohonan UPU Secara Online untuk Sesi 2017/2018 :
Dibuka pada 6 Februari 2017 dan ditutup 31 Mac 2017
Prosedur atau Cara Memohon UPU secara Online1. Beli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU)
- Nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) ini hanya boleh dibeli di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
- Terdapat dua Kategori pilihan Nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU)
- Kategori A (harga RM15.60) - Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA.
- Kategori A (harga RM15.60) - Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik.
A. Cawangan BSN
- Pergi kemana-mana cawangan BSN di sekitar anda.
- Bawa kad pengenalan (IC) dan wang secukupnya.
- Anda akan diberikan nombor Pin UPU dengan serta merta. Simpan resit nombor Pin UPU sebagai rujukan.
- Masukkan kad dan nombor Pin
- Pilih Urusan - 'Beli Pin'
- Pilih Jenis Permohonan - 'IPTA'
- Pilih jenis Program IPTA - 'SPM' atau 'STPM'
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan/ Mykad
- 'YA' - untuk meneruskan urusan
- Semak maklumat
- Klik 'SETUJU' untuk meneruskan urusan, dan 'BATAL' untuk membatalkan urusan
- Resit dicetak.
2. Isi Borang UPU Online
- Sila ke laman web permohonan UPU di sini: http://upu.mohe.gov.my/web/
- Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama permohonan.
Rujukan Maklumat dan Informasi:
- Portal Rasmi: http://upu.mohe.gov.my
- Facebook: FB Rasmi UPU
- Instagram: INSTAGRAM @kemasukanbpkp
- Talian Helpline: (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. (Hanya hari bekerja - jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang)
Labels: UPU