WHO AM I ?



Hi , Welcome to my blog ! I am Nuril and from Kelantan. I'm currently studying at Uitm Puncak Alam in Bachelor of Pharmacy .

If you have any questions, feel free to ask or dm me anything that crosses your mind on my curiouscat account! You can also simply click on the "ASK ME" button above to ask your question anonymously.

I will try my best to reply your questions as soon as possible. Do check the website for my answers from time to time. Thank you :)


READ MORE ABOUT ME
iMASCU semak kelayakan permohonan upu
28.1.17 | 0 comments


Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad

Assalamualaikum and Hi !

Hi SPM and STPM leavers , korang tahu tak yang korang dengan mudah boleh membuat semakan kelayakan untuk membuat permohonan UPU? Korang boleh membuat semakan kelayakan ke IPTA/ berkaitan secara online dengan hanya mengisi beberapa perkara penting seperti no kad pengenalan, email, dan keputusan peperiksaan anda. Sebelum ini, pernah tak korang mengalami masalah ini ketika ingin membuat permohonan?


  • Tiada buku panduan mengisi
  • Tidak tahu syarat kelayakan IPTA
  • Ambil masa yang lama untuk melihat satu-persatu kelayakan setiap IPT
  • Tersilap memohon akibat kurang faham dengan syarat kelayakan yang diperlukan.


Okay , untuk pengetahuan korang, menurut sumber UPU, masalah ini mungkin dapat dikurangkan menggunakan iMASCU, sistem ini hanya memerlukan korang mengisi sedikit maklumat peribadi dan mengisi keputusan peperiksaan korang dan sistem akan memaparkan kursus-kursus dan IPTA yang korang layak berdasarkan keputusan peperiksaan yang korang dapat sebelum ini.

Sistem ini memberi kemudahan kepada lepasan SPM dan lepasan STPM .Korang boleh menggunakan sistem ini percuma kerana ia dibekalkan UPU .

Alamat menggunakan untuk ke sistem semakan syarat UPU ialah :
http://upu.semaksyarat.info/
Hasil pilihan sistem juga boleh dicetak dan korang perlu tahu bahawa apa yang dipaparkan adalah berdasarkan syarat minimum permohonan dan bukanlah ia memberi jaminan korang mesti dapat apa yang dicadangkan sistem tersebut.

Semasa memilih korang juga dinasihatkan memilih pengajian yang layak dan mengikut minat korang serta pengetahuan masa depan sekiranya korang mengambil kursus tersebut.

Credit to : xpresi


Labels: