WHO AM I ?



Hi , Welcome to my blog ! I am Nuril and from Kelantan. I'm currently studying at Uitm Puncak Alam in Bachelor of Pharmacy .

If you have any questions, feel free to ask or dm me anything that crosses your mind on my curiouscat account! You can also simply click on the "ASK ME" button above to ask your question anonymously.

I will try my best to reply your questions as soon as possible. Do check the website for my answers from time to time. Thank you :)


READ MORE ABOUT ME
Tips persediaan sebelum melangkah ke alam universiti
28.1.17 | 3 comments


Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad

 Assalamualaikum and Hi !

Okay harini aku nak share tips persediaan sebelum melangkah ke alam universiti , benda ni sangat penting untuk pelajar-pelajar lepasan spm or stpm sebagai persediaan awal . So pastikan korang baca sampai habis okay ?

Buat survey atau selidik bidang yang kita nak ambil. 


First sekali bila kita nak ambil sesuatu bidang survey dulu segala-gala tentang bidang tu. Terutama bagi mereka yang mula pengajian dalam diploma. Buat rujukan mengenai peluang pekerjaan bidang tersebut. Kalau nanti lepas habis diploma,ijazah apa yang boleh sambung daripada diploma yang kita ambil. Korang juga digalakkan membuat survey mengenai subjek-subjek yang terdapat dalam kursus yang nak diambil ( boleh tanya pada kaunselor akademik). Tanya juga diri adakah kita betul-betul minat dengan bidang ini. Buat penyelidikan dari A-Z bidang yang kita ambil. Bagi mereka yang sambung ke IPTS buatlah survey mengenai yuran pendaftaran dan yuran pengajian mengenai kursus yang kita ambil agar memudahkan untuk kita membuat pengiraan.


Buat survey atau selidik mengenai kelulusan bidang tersebut dalam MQA.


Kelulusan dari MQA untuk sesuatu program adalah sangat penting untuk korang. Sekiranya kursus yang korang ambil tidak mempunyai MQA maka ia akan menyukarkan korang untuk mendapat pekerjaan selepas habis belajar walaupun keputusan korang 4 flat sekalipun. Jadi rajin-rajinlah buat penyelidikan tentang bidang yang korang ambil.


Datanglah melihat persekitaran tempat korang ingin belajar sebelum memohon.


Sebelum nak apply sesuatu IPTA atau IPTS better korang datang untuk lawat tempat dulu. Kadang-kadang ada persekitaran belajar tak sesuai dengan kita. Mungkin dari segi suasana. Terutama untuk pelajar IPTS yang kadang-kadang bangunan tempat belajarnya seperti tidak diharapkan. Jadi nak mengelakkan korang merungut lebih baik korang turun sendiri melihat tempat yang akan korang belajar untuk bertahun lamanya.


Buat survey untuk pinjaman pelajaran atau biasiswa.


Dekat Malaysia ini kita bertuah sebab kita dikurniakan pelbagai bentuk pinjaman pelajaran dan biasiswa. Dari JPA sampailah PTPTN. Semuanya ada. Tinggal pilih dan of course juga untuk biasiswa result yang gempak. Kepada yang nak masuk ke alam Universiti atau Campus life style ni korang kena ada pinjaman pelajaran atau biasiswa bagi memudahkan korang untuk membayar segala yuran dan juga sebagai wang saku korang. Kecuali korang semua kaya untuk bayar sendiri mungkin tidak menjadi masalah. Jadi rajin-rajinlah buat survey pinjaman mana atau biasiswa mana yang korang nak. 

TIPS : Ambilah pinjaman boleh ubah seperti MARA sebab kalau korang cemerlang , pinjaman akan ditukarkan kepada biasiswa.


Siapkan dokumen-dokumen penting awal.


Untuk pendaftaran universiti atau pinjaman pelajaran pastikan semua dokumen kita siapkan awal. Termasuk proses cop-cop dari pegawai kerajaan U41 agar mudah untuk kita memastikan apa kekurangan dan agar kita tak tertinggal dokumen-dokumen penting. Sesetengah universiti , korang boleh dapatkan senarai semakan dokumen untuk pinjaman atau biasiswa daripada kaunselor akademik korang. Setiap pelajar yang akan mendaftar akan ada kaunselor akademik yang jaga atau korang boleh ke bahagian tajaan di universiti korang.


Cari senior atau kawan-kawan yang pernah belajar atau sedang belajar di universiti tersebut.


Pada ketika inilah networking dekat Facebook, Twitter atau Instagram penting. Mengenali seseorang di tempat baru memudahkan kita untuk selesakan diri. Selain itu, korang dapat gambaran serba sedikit mengenai suasana di tempat baru atau kos yang korang ingin ambil. Mengenali beberapa senior ditempat yang akan kita belajar sangat membantu terutama dalam proses pencarian rumah sewa, mudah dapat info mengenai bidang yang diambil( jika bidang sama), mudah dapat info mengenai kemudahan disekitar universiti dan juga dapat pass year question free. Jadi rajin-rajin buat networking. Tak rugi buat baik dengan orang.


Persediaan mental dan fizikal.


Dunia pelajar universiti tak sama macam dunia pelajar sekolah sebab di universiti lagi besar cabaran dan cara belajar pun berbeza. Jika di sekolah almost semua perkara diberi oleh cikgu dari A sehingga Z tapi di universiti segala bahan belajar harus dicari sendiri. Nota memang para pensyarah sediakan tetapi jika kita mengimpikan untuk mendapat A atau 3.5 cgpa pergantungan pada nota semata-mata membolehkan korang untuk mencapai setakat B+. Jadi di universiti tidak ada istilah malas atau "aku ingin belajar sendiri". Mental dan fizikal harus bersedia. Dari segi fizikal bersedialah kerana kelas di universiti tak seperti di sekolah. Jika di sekolah korang pulang pada jam 1 tengahari di universiti berbeza pula. Di universiti adakalanya kelas sehingga malam. Bergantung kepada pensyarah. Jadi untuk adik-adik bersedialah dari segi fizikal dan mental.


Pakai pakaian yang cantik ketika hari pendaftaran.


Pakai pakaian yang cantik maksudnya pakailah pakaian yang terbaik ketika sesi pendaftaran dan tampillah dengan gaya yakin serta menarik. Sebab first impression itu sangat penting. Tampillah seperti gaya mereka yang telah masuk ke alam universiti. Penuh profesional. Pada hari pertama pendaftaran korang dikehendaki mengambil gambar untuk Matrik kad atau "student id". Jadi jangan lupa untuk kelihatan cantik, kemas, segak dan bergaya kerana gambar itu akan selama-lamanya tertera di Matrik kad korang. Jadi jangan segan untuk berpakaian cantik. 


Credit to : Kak Arafah

Labels: