Hi , Welcome to my blog ! I am Nuril and from Kelantan. I'm currently studying at Uitm Puncak Alam in Bachelor of Pharmacy .
If you have any questions, feel free to ask or dm me anything that crosses your mind on my curiouscat account! You can also simply click on the "ASK ME" button above to ask your question anonymously.
I will try my best to reply your questions as soon as possible. Do check the website for my answers from time to time. Thank you :)
1. KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT
a. Dasar pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik
(90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
b. Markah Akademik (90%) : Berdasarkan lapan (8) mata pelajaran sahaja,
iaitu lima (5) mata pelajaran utama dan tiga (3) mata pelajaran terbaik.
c. Markah Kokurikulum (10%) : Berdasarkan pemarkahan yang diselaraskan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penglibatan aktiviti
dalam empat (4) komponen iaitu Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan,
Pasukan Beruniform dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
diselaraskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.
2. DASAR PENENTUAN ALIRAN
a. Permohonan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu :
· Aliran Sains
· Aliran Sastera
b. Kaedah penentuan aliran bagi semua calon iaitu dengan mengguna pakai
4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut :
ALIRAN SAINS
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi atau mata pelajaran berikut :
- Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan
- Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan
- Kejuruteraan /
- Ekonomi Rumah Tangga / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi
- Asas / Sains Pertanian / Pengajian Agro Teknologi / Pengetahuan Sains Sukan
ALIRAN SASTERA
- Bahasa Malaysia
- Matematik
- SainsSejarah
- Pengajian Islam atau mata pelajaran berikut :
- Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
3. CARA KEADAH PENGIRAAN MERIT
a. CARA PENYEDIAAN PENGIRAAN MERIT ( ALIRAN SAINS)
i. 90 markah daripada 5 mata pelajaran UTAMA berikut:-
a. Matematik
b. Matematik Tambahan
c. Fizik
d. Kimia
e. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan
Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro
Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun /
Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan
Dan
ii. 30 markah daripada 3 mata pelajaran TERBAIK SPM lain yang diambil
b. CARA KAEDAH PENYEDIAAN PENGIRAAN MERIT ( ALIRAN SASTERA)
Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera seperti berikut :
i. 90 markah dari 5 mata pelajaran UTAMA berikut :-
a. Bahasa Melayu
b. Matematik
c. Sains
d. Sejarah
a. Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan
Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral ;
Dan
ii. 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
CARA KAEDAH PENGIRAAN MERIT SEBENAR ( ALIRAN SAINS )
Contohnya pelajar spm tu dapat keputusan dlm 9 subjek mcm ni:
1. BAHASA MALAYSIA B+ ( 12 MARKAH)
2 BAHASA INGGERIS B+ ( 12 MARKAH)
3. PENDIDIKAN ISLAM B+ ( 12 MARKAH)
4. SEJARAH C+ ( 8 MARKAH)
5. MATEMATIK A ( 16 MARKAH)
6. MATEMATIK TAMBAHAN A ( 16 MARKAH)
7. FIZIK A (16 MARKAH)
8. KIMIA A (16 MARKAH)
9. BIOLOGI A (16 MARKAH)
Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sains)
Matematik + Matematik Tambahan + Fizik + Kimia + Biologi = 80 MARKAH
Pengiraan Markah Akedemik 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM anda ( Aliran Sains)
Bahasa Melayu + Bahasa Inggeris + Pendidikan Islam = 36 MARKAH
Kemudian perlu kira macam ni
Markah 5 MATA PELAJARAN UTAMA = 80 MARKAH x 90 ÷ 90 = 80
Markah 3 MATA PELAJARAN TERBAIK = 36 MARKAH x 30 ÷ 54 = 20
Jumlah Markah Merit = 80 + 20 = 100
Kemudian kena darab 90 dan bahagi 120 macam ni -->> 100 x 90 ÷ 120 = 75
Jika Calon Mendapat :
i. Markah Akademik = 75
ii. Andaikan Markah Kokurikulum dapat = 8
Jumlah Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 75 + 8
= 83 MERIT
JUMLAH KESULURUHAN PENGIRAAN MERIT UNTUK ALIRAN SAINS IALAH = 83
CARA KAEDAH PENGIRAAN MERIT SEBENAR ( ALIRAN SASTERA )
Contoh pelajat SPM tu dapat 9 mata pelajaran macam ni..
Bahasa Melayu A+ ( 18 MARKAH)
Bahasa Inggeris A+ ( 18MARKAH)
Pengetahuan Moral B+ ( 12 MARKAH)
Sejarah C+ ( 8 MARKAH)
Matematik B ( 10 MARKAH)
Sains B ( 10 MARKAH)
Perdagangan C+ ( 8 MARKAH)
Ekonomi Asas C ( 6 MARKAH)
Ekonomi Rumah Tangga A ( 16 MARKAH)
Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran Utama (Aliran Sastera) *orange
Bahasa Melayu + Pengetahuan Moral + Sejarah + Matematik + Sains = 58 MARKAH
Pengiraan Markah Akademik 3 Mata Pelajaran Terbaik SPM (Aliran Sastera) *hijau
Bahasa Inggeris + Perdagangan + Ekonomi Rumah Tangga = 42 MARKAH
Kemudian perlu kira macam ni
Markah 5 MATA PELAJARAN UTAMA = 58 MARKAH x 90 ÷ 90 = 58
Markah 3 MATA PELAJARAN TERBAIK = 42 MARKAH x 30 ÷ 54 = 23.3
Jumlah Markah Merit = 58 + 23.3 = 81.3
Kemudian kena darab 90 dan bahagi 120 macam ni -->>; 81.3 x 90 ÷ 120 = 60.9
Jika Calon Mendapat :
i. Markah Akademik = 60.9
ii. Andaikan Markah Kokurikulum dapat = 7
Jumlah Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 60.9 + 7
= 67.9 MERIT
JUMLAH KESULURUHAN PENGIRAAN MERIT UNTUK ALIRAN SASTERA IALAH = 67.9
Credit to : inikitapunyacerita
Labels: Persediaan Ke Universiti / IPTA