WHO AM I ?



Hi , Welcome to my blog ! I am Nuril and from Kelantan. I'm currently studying at Uitm Puncak Alam in Bachelor of Pharmacy .

If you have any questions, feel free to ask or dm me anything that crosses your mind on my curiouscat account! You can also simply click on the "ASK ME" button above to ask your question anonymously.

I will try my best to reply your questions as soon as possible. Do check the website for my answers from time to time. Thank you :)


READ MORE ABOUT ME
Ijazah Farmasi
26.4.17 | 0 comments


Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad

Assalamualaikum and Hi !

Buat adik2 yang berminat dengan kos pharmacy and teringin nak tahu tips untuk survive, syarat kelayakan minimum, nak tahu apa yang kami belajar dalam kos pharmacy dan sebagainya, korang boleh CLICK HERE. Kat sini saya ada kumpulkan Q&A yang berkaitan dengan ijazah farmasi yang saya dapat from my CuriousCat account and yang pernah dm saya. You guys  jugak boleh CLICK HERE untuk tanya saya any questions. Semoga apa yang saya share dapat membantu korang membuat pilihan untuk zaman degree korang nanti. First things first, meh ambil tahu dulu apa tu kos farmasi hehe

1) Apa tu farmasi/pharmacist? 

Sebut saja farmasi, sudah tentu kita akan terbayang pil ubat-ubatan kan. Ha tu la dia. Farmasi ni bidang yg study psl ubat-ubatan, kesan ubat-ubatan dan cara penggunaan ubat-ubatan. Pharmacist tu ahli farmasi la dlm bahasa melayunye. :)

2) Pharmacist VS Doctor ?

Pegawai farmasi dgn doktor ialah dua bidang yg berlainan tetapi dua kerjaya yg saling memerlukan. Tanpa doktor, tak wujudlah farmasi. Tanpa farmasi, tak terubatlah pesakit. (dgn izin Allah :) )Jadi doktor secara amnya bljr pasal anatomi, fisiologi dan mcm2 lg prosedur berkenaan cara menyelamatkan nyawa pesakit termasuk tatacara pembedahan, rawatan dan sbgnya. Farmasi pula belajar pasal pharmacology, pharmacokinetics, pharmacodynamics, jenis2 ubat, kesan2 ubat yg mana pembelajaran ttg ubat adalah jauh lebih mendalam berbanding apa yg para doktor bljr. Doktor di hospital akan diagnose pesakit dan explain dekat pesakit lalu bg prescription ubat2 dan pesakit akan ambil ubat2 pesakit tu kat kaunter farmasi. Tugas ahli farmasi pula utk tgk dos prescription ubat yg diberi dan juga meneliti background pesakit; jika alah, maka pharmacist akan mengurangkan dos, membatalkan pemberian ubat, mengganti ubat dan sbgnya. Secara faktanya, ahli farmasilah yg saban tahun membaiki kesilapan para doktor yg tersalah diagnose pesakit. Tetapi tanpa pembedahan atau rawatan yg dijalankan para doktor, pihak farmasi juga tidak dpt menjalankan kelangsungan pemberian ubat. Sebab tu doktor dan ahli farmasi saling memerlukan satu sama lain.

3) Diploma Farmasi?

Dalam Malaysia ni, hanya ada satu IPTA yg menawarkan diploma farmasi iaitu UiTM. Manakala IPTS yg menawarkan kos ini ade a few je. Tempoh pembelajaran diploma farmasi ialah selama 3 tahun. 2 tahun pertama ialah tahun teori on campus dan tahun terakhir ialah secara practical training di hospital2 kerajaan yg terpilih. Pelajar juga sudah tidak dibenarkan membuat fast track dan wajib menjalani pengajian diploma sepanjang tiga tahun tersebut.

4) Fast Track Diploma Farmasi?

Fast track ialah satu sistem pengajian yg ditawarkan buat pelajar diploma yg berhasrat utk memendekkan tahun pengajian diploma mereka. Sistem fast track ialah sistem di mana pelajar diploma yg mendapat keputusan cemerlang selama tiga semester awal berturut2 diberi peluang utk terus melompat masuk pengajian ijazah semasa di semester empat diploma mereka. Bermakna mereka cuma hanya perlu menjalani diploma selama 1.5 tahun shj. Tiket fast track cuma diberikan kpd mereka yg benar2 cemerlang shj. Namun bermula tahun 2013 ke atas, sistem fast track sudah tidak boleh digunapakai oleh pljr diploma farmasi dan juga bbrp lagi diploma lain. Tiada lagi istilah pelajar lompat. Jd dak dak genius jgn nangis okay? Hehe.

5) Universiti Yang Diiktiraf?

Lembaga Farmasi Malaysia menyenaraikan beberapa ijazah farmasi yg diiktiraf di Malaysia. Pengiktirafan ini membolehkan graduan yg menamatkan pengajian ijazah farmasi berkhidmat dgn Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

IPTA: USM, UM, UiTM, UIAM dan UKM.
IPTS: IMU, AIMST, UCSI, CUCMS, MSU, MUSC, AMU dan beberapa lagi

info: www.pharmacy.gov.my

6) Syarat Kemasukan Ijazah Farmasi?

Farmasi merupakan course kedua yg paling susah nak dpt selepas medik. Dan ketiga ialah dentistry. Keempat kelima.....ialah bidang2 yg berkaitan fakulti sains kesihatan seperti dietetics, optometry dan lain2. Jd untungla kalau anda terpilih. Sujud syukur kalau dapat. Sbb tak semua dapat tau.

Diploma Farmasi- Sebelum ini, minima CGPA ialah 3.80. Bagaimanapun, bermula 2013, nilai cgpa telah diturunkan kpd 3.50. Namun di ipts, masih kekal dgn 3.80.

STPM- Minima CGPA 3.00 dgn mendapat sekurang2nya gred B dlm matapelajaran Kimia

A-Level- Minima 3B atau 2A1B atau 1A1B1C dgn sekurang2nya gred B dlm matapelajaran Kimia

Matrikulasi/Pra-Farmasi/Pra-Perubatan- Minima CGPA 3.00

Asasi Sains- Minima CGPA 3.50

Diploma Sains, Diploma Mikrobiologi, Diploma Teknologi Perubatan- Minima CGPA 3.75 + MUET Band 3 + SPM 5B termasuk matapelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.

*yg diatas cumalah syarat minima*

Jeng jeng jeng, inilah hakikat yg sebenar:

Utk kemasukan UM = cgpa 4.00 matrik/asasi, pelajar lepasan diploma tidak dibenarkan memohon

Utk kemasukan USM = cgpa 3.80 ke atas dgn MUET Band 4 jika dari diploma

Utk kemasukan UiTM = cgpa 3.88 ke atas

Tempoh pengajian ijazah farmasi ialah 4 tahun.

Susah kan nk masuk farmasi? Syarat minima semua tu tipah tertipu tipu tertipah je. Hmm.

7) Laluan Kerjaya Farmasi?

Selepas menamatkan pengajian ijazah farmasi selama 4 tahun, semua graduan diwajibkan berkhidmat di bwh KKM selama 1 tahun (dahulu 3 tahun).Tempoh setahun ini dinamakan Provisional Registered Pharmacist (PRP). PRP ni sama je dgn tempoh housemanship dak2 medik cuma bezanya PRP dak farmasi ialah 12 purnama dan tempoh housemanship dak2 medik ialah 24 purnama. Gred gaji during tempoh PRP ialah U41. Slps berjaya menamatkan tempoh PRP, baru mereka diberi Sijil Pengiktirafan oleh Lembaga Farmasi Malaysia yg menjadikan mereka sbg ahli farmasi bertauliah. Selepas tamat bersama tempoh PRP juga, mereka diberi pilihan utk meletak jawatan sbg ahli farmasi hospital kerajaan atau meneruskan perkhidmatan di sana. Bagi mereka yg fikir nk letak jwtn sbb nak buka kedai sendiri atau bisnes farmasi lain, silakan. Tapi peluang utk dpt kerja dgn kerajaan balik teramatlah tipis disebakan masih ramai lambakan graduan farmasi yg 'sedang menunggu line' mereka.

Antara kerjaya ahli farmasi ialah:

(a) Hospital Kerajaan

-Slps menamatkan pengajian, graduan boleh bekerja di hospital kerajaan sbg ahli farmasi. Gred jawatan dan gaji bermula dgn U41 diikuti oleh U44, U48, U52. Gaji U41 farmasi lagi tinggi dari gaji UD41 doktor. Skop tugas ahli farmasi kt hospital pun terlibat sama dgn rawatan pesakit. Ahli2 farmasi yg pakar2 selalunya akan round wad dgn doktor utk memeriksa pesakit, kesan alahan terhadap ubat yg diberikan, perbincangan utk rawatan seterusnya dan lain2. Best kan? :)

(b) KKM

- Bekerja di bahagian pentadbiran farmasi atau Lembaga Penguatkuasa Farmasi yg memeriksa kedai2 farmasi dan menggunakan Akta Dadah, Akta Racun dan lain2. Yg ni kira jd mcm pegawai yg check2 kedai la. Ala2 kastam gitu. Yg ni kena jadi ahli farmasi yg tegas la. :p

(c) Industri Farmaseutikal

-Boleh bekerja di dlm syarikat swasta yg menghasilkan ubat2an. Cth syarikat ialah CCM DUOPHARMA COMPANY (tmpt aku interview keje dulu hehehe).

(d) Kedai Farmasi

-Hanya ahli farmasi yg mempunyai sijil kelayakan dari Lembaga Farmasi Malaysia shj yg boleh membuka kedai farmasi sendiri. Sbb tu semua wajib berkhidmat dgn kerajaan dulu selama setahun. Compulsory. Bisnes kedai farmasi mmg menguntungkan. Sebulan boleh dpt lebih RM5000. Rezeki, rezeki. Dan kerjaya ni tak se-stress kerja di hospital atau under KKM. Sbb kedai sendiri, suka hati apa mau buat la kan. :)

(e) Universiti

-Sebagai pensyarah farmasi institusi pengajian tinggi. Boleh juga masuk Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi bwh kerajaan atau menjadi pensyarah farmasi di bwh kolej swasta. Syarat wajib nk jadi pensyarah pun kena ade ijazah farmasi. Dak2 diploma farmasi takleh apply skim ni. And to those berminat, boleh la apply skim ni. Saban tahun boleh upgrade jadi prof madya, prof dan sifu segala sifu mengenai ilmu ubat ubatan :)

Rasanya itu shj yg mampu dikongsi utk kali ni. Selamat maju jaya buat semua pljr yg sedang menuntut diploma farmasi atau ijazah farmasi seluruh Malaysia. Semoga bidang farmasi di Malaysia akan terus berkembang dgn jayanya. InshaAllah. :)


Credit to : nijeecoeptis

Labels: