WHO AM I ?



Hi , Welcome to my blog ! I am Nuril and from Kelantan. I'm currently studying at Uitm Puncak Alam in Bachelor of Pharmacy .

If you have any questions, feel free to ask or dm me anything that crosses your mind on my curiouscat account! You can also simply click on the "ASK ME" button above to ask your question anonymously.

I will try my best to reply your questions as soon as possible. Do check the website for my answers from time to time. Thank you :)


READ MORE ABOUT ME
Q&A about Bachelor of Pharmacy UiTM (Ijazah Farmasi UiTM)
15.6.21 | 0 comments




Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad


Assalamualaikum and Hi !


Since banyak sangat saya terima questions berulang berkenaan dengan degree kos pharmacy ni, so saya rasa perlu untuk saya buat this kind of post. So that, saya tak perlu nak jawab banyak kali dekat dm soalan yang sama hahaha. Actually Q&A ini saya just copy paste balik some of the questions that your friends asked me on my CuriousCat account and Instagram. InsyaAllah saya akan selalu update Q&A based on questions yang saya terima and just letak balik kat sini untuk memudahkan everyone dapat information yang sama especially for those yang tertanya2 benda yang sama hahaha. Semoga soalan2 ni dapat membantu korang semua untuk membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan korang. 

If you guys want to ask me any questions just CLICK HERE. InsyaAllah saya cuba jawab as soon as possible. Kalau lambat tu sorry lah ye. Kadang2 busy sikit, tak menyempat nak reply hehe

1. Berbaloi ke saya ambil kos farmasi? Sebab saya dengar ramai cakap kurang dah peluang perkerjaan and study farmasi susah.  Boleh share tips macam mana akak survive?

 

Kalau nak mention pasal peluang pekerjaan tu, course lain pun sama aje. Sebab makin meningkat tahun, makin ramai lambakan graduan kan. Jangan risau, InsyaAllah rezeki sentiasa ada, kita usaha dulu😊

Actually, kos pharmacy ni dia ada banyak cabang2 yang kita boleh explore. Its not only limited to hospital government atau swasta. Ada banyak lagi, contohnya runcit atau community pharmacy, industri buat ubat, KKM bahagian penguatkuasaan farmasi, pendidikan untuk jadi lecturer etc. Untuk lebih detailed boleh refer link ni: CLICK HERE

Untuk survive dalam kos ni, paling penting tengok minat dan kelebihan kita kat mana. If your passion, minat lebih kepada pharmacy then just go for it. Kalau minat tu sentiasa ada insyaAllah kita akan ada target untuk terus perform dlm belajar, takmudah rasa down atau nak quit. Bila dah masuk kos ni, diri tu memang kena kuatkan mental dan fizikal jugakla, penat mmg takleh lari hahaha. Klau nak kata susah tu, belajar mana2 kos pun ada susahnya jugak. Apa2 pun bila minat tu ada, sebenarnya fun je kos ni, boleh masuk lab buat ubat semua tu 😂

In terms of belajar pulak, the most important things are jangan leka sgt, selalu buat revision, mulakan dari awal semester slow2, if tak faham, boleh directly tanya lecturer, buat past year question sebab kadang2 soalan pun berulang je hahahah and selalu2 la berbaik dgn senior sebab diorng blh tolong kita sedikit sebanyak. So conclusionnya, berbaloi je masuk kos ni kalau minat tu ada hehe. Goodluck and all the best ya 😊 Apa2 blh tanya pendapat cikgu atau parents jugak.

2. Ikut result saya syarat tak lepas utk smbung asasi sains Uitm. Jadi kalau saya ambik diploma sains pembelajaran dia sama ke selain perbezaan masa? Dip lama kan? And saya memang minat nak further in pharmacy
Okay macam ni, untuk ambil degree farmasi ni awak kena ambik dulu either matrik/asasi sains/dip farmasi/dip sains/stpm. Untuk fast track, awak boleh ambil asasi/matrik modul 1 sebab ni setahun je. Tapi ada jugak matrik yg boleh jadi 2 tahun tempoh belajar.

Diploma pulak ambil masa selama 3 tahun. Jadi jadual dia tak sepadat asasi/matrik. Kiranya dip lebih chill la hahaha. So, awak blh pilih mana2 laluan ni depends kemampuan awak nk pilih masuk mana dulu hehehe Kalau awak jenis taksuka stress2 dgn jadual padat, then go for dip. Tapi dia agak takes time la. Umur 21 baru korng dpt masuk degree and 25 habis degree. Kalau ambil asasi/matrik umur 19 start degree and 23 dah boleh habis degree dah.

If awak rasa awak nak jimatkan masa belajar, then saya suggest awak untuk ambil dulu matrik modul 1. Untuk soalan pasal pembelajaran dip sains tu, saya tak pasti sangat silibus dia, rasanya takjauh beza sangat kot 😅 Cuma kalau asasi & matrik, silibus lebih kurang sama sahaja. 


3. Ada simpan lecture note and past year questions untuk kos pharmacy tak?
Untuk past year question, kalau zaman senior dulu pihak fakulti pernah sediakan. Tapi maaf, untuk sekarang fakulti  dah tak sediakan past year questions dah. Macam before this, kitorang akan dapatkan past year questions from seniors sahaja. Itu pun kena beli hard copy punya je, tapi takde latest past year question pun. So, maaf saya tak dah takde simpan soft copy and hard copy past year questions tu hehe

Untuk lecture notes and ebook, saya ada simpan links google drive/dropbox yang saya dapat from my seniors. InsyaAllah sangat membantu untuk adik2 juniors yang nak refer. Sebab kadang2 lecture note latest ni kurang detailed compared to lecture note zaman senior2. So korang boleh refer untuk study and buat assignments. So korang boleh CLICK HERE untuk dapatkan lecture note and ebook tu.

4. Betul ke nanti time degree if nak sambung pharmacy dia still refer result spm?

Yup, untuk masuk kos pharmacy, pihak fakulti akan tengok result spm, result asasi/matrik/diploma/stpm, result muet and jugak evaluation waktu interview nanti.

Untuk syarat kelayakan minimum (tahun 2020):
  1. SPM: At least gred B untuk subjek kimia, fizik, biology and addmath. Also, kepujian untuk subjek english.
  2. Asasi/matrik/diploma pharmacy: pointer 3.50 and above
  3. Diploma sains: pointer 3.75 and above
  4. STPM: Pointer 3.00 and above. Untuk SPM pun, at least gred B untuk subjek kimia, fizik, biology and addmath. Also, kepujian untuk subjek english.
  5. Muet: minimum band 3
Untuk lebih terperinci, awak boleh semak syarat kelayakan minimum untuk kos pharmacy (tahun 2020) kat sini ya: CLICK HERE. Saingan untuk masuk ke kos pharmacy ni sangat lah tinggi. So nasihat saya, bila dah masuk asasi/matrik/diploma/stpm nanti kalau boleh cuba target result yang lebih perform and gempak. InsyaAllah peluang untuk terpilih masuk kos pharmacy ni lebih tinggi hehe

Apa biasiswa yang boleh dimohon dan macam mana cara nak mohon biasiswa?

Untuk info tajaan berkenaan biasiswa/pinjaman/bantuan, awak boleh refer link ni ya: CLICK HERE

Actually, kebanyakkan tajaan pinjaman pelajaran yang sekarang ni dah jadi bentuk pinjaman boleh ubah, termasuklah JPA, MARA, Yayasan Bank Rakyat, Yayasan Negeri etc. Kalau ambil pinjaman boleh ubah, if result awak gempak and cemerlang, nanti pinjaman tu akan ditukar kepada biasiswa.  Untuk degree sekarang, akak under tajaan JPA. Syarat khusus permohonan JPA, at least kena dapatkan pointer 3.00 and above. Untuk JPA, make sure waktu semester 1 degree awak struggle betul2 and target dekan. Sebab saingan untuk dapatkan biasiswa JPA ni sengit jugak. So kena kasi result gempaklah baru peluang untuk dapat tu lebih tinggi hehe. 

Nanti awak boleh apply Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) under JPA waktu semester 2 degree guna result semester 1. Ada beberapa lagi syarat khusus PIDN JPA (tahun 2020), nanti awak refer link ni ya: CLICK HEREDah dapat JPA ni, insyaAllah ringan sikit beban sepanjang pengajian degree. Nanti dapat RM5500 setiap semester hehe. Sangatlah syok 😂 Even dah dapat tawaran JPA nanti, kena ingat yang kita masih perlu maintainkan result yang cemerlang setiap semester. At least kena maintainkan pointer 3.00 and above. 😊

Akak, kalau tak keberatan boleh tak share macam mana nak mohon JPA dan syarat kelayakan JPA? satu lagi pelajar bawah JPA dapat berapa ya setiap sem?

Untuk JPA, akak mohon yang Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) waktu semester 2 tapi guna yang result semester 1. To be exact, setiap semester kitorang akan dapat RM5645 and total kesemua around RM55k. 

Untuk syarat kelayakan permohonan tahun 2020: 
  1. At least dapat pointer 3.00 ke atas 
  2. Ada baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester semasa 
Btw ni syarat kelayakan untuk kos selain perubatan dan pergigian tau. Untuk lebih detailed korang boleh refer syarat2 yang lain dekat link ni: 

Tapi kalau boleh semester 1 tu korang dah study betul2 lah and target dekan terus. Sebab yang mohon JPA ni ramai, and tak semua yang memenuhi syarat minimum tu akan dapat. So cuba untuk dapatkan result gempak, so that peluang untuk terpilih tu lebih tinggi hehe. Kalau tak terpilih dengan result semester 1, masih lagi boleh mohon sesi seterusnya if baki bulan pengajian korang masih memenuhi syarat kelayakan. But make sure korang kena alert dengan tarikh2 permohonan tu dibuka and ditutup bila, boleh refer dekat website rasmi JPA. So that korang takterlepas dengan tarikh2 penting ni 😊 

Permohonan boleh dibuat secara online, dalam tempoh 20 hari je. Untuk buat permohonan, korang boleh refer laman web rasmi JPA ni: CLICK HERE

Macam mana kalau result spm kita tak menepati syarat nak masuk degree in pharmacy? kita kene repeat paper2 tertentu tu ke?

Kalau ikutkan if nak masuk mana2 kos ijazah IPTA, memang perlu untuk penuhi semua syarat kelayakan tu untuk diterima masuk. Permohonan untuk masuk kos pharmacy pun agak sengit and pihak fakulti sememangnya akan dahulukan pelajar yang dapat result cemerlang. 

Untuk menjawab soalan awak, saya sebenarnya tak berani nak bagi nasihat atau cadangan berkaitan repeat paper ni sebab saya takde pengalaman dan takpernah dengar lagi someone yang repeat paper SPM untuk memenuhi syarat kos ijazah. Bagi saya untuk repeat tu mungkin akan ambil masa awak sedikit. Tapi if awak mampu dan sanggup untuk study subjek yang perlu direpeat tu dari awal, tidak menjadi masalah, insyaAllah. 

Mungkin ada yang buat macam tu, so untuk dapatkan confirmation dan info yang lebih tepat berkenaan dengan repeat, saya cadangkan awak untuk tanya kepada pihak kaunselor atau cikgu sekolah. Lagi satu, if awak berkemampuan, boleh tengok2 IPTS yang menawarkan kos farmasi juga. Selalunya syarat tawaran IPTS tak strict sangat jika nak banding dengan IPTA. Apa2 pun, cuba mintak pendapat parents dan cikgu2 sekolah jugak ya .

Actually ada lagi beberapa questions, ada masa free nanti saya update semula. nak settlekan assignments yang tengah beratur ni dulu  hehe


Labels: , , ,