Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad
Assalamualaikum and Hi !
Hai adik adik sekalian , macam mana keputusan SPM yang diumumkan haritu?
Dah mohon mana-mana biasiswa?
UPU dah isi ke belum?
Tengah keliru nak pilih kursus di UPU?
ASASI UiTM DENGKIL ( ASiD )
Buat adik2 yang berminat dengan asasi sains UiTM and teringin nak tahu tips untuk survive, syarat kelayakan minimum, nak tahu apa yang kami belajar dalam kos ni dan sebagainya, korang boleh
CLICK HERE. Kat sini saya ada kumpulkan Q&A yang berkaitan dengan asasi sains UiTM yang saya dapat from my CuriousCat account and yang pernah dm saya. You guys jugak boleh
CLICK HERE untuk tanya saya any questions. Semoga apa yang saya share dapat membantu korang membuat pilihan untuk zaman degree korang nanti. First things first, meh ambil tahu dulu apa tu asasi UiTM hehe
1. Syarat Kemasukan Asasi UiTM.
Asasi Sains
- Untuk SPM, at least dapat gred 1 A- and 3 B untuk subjek addmath, fizik, kimia and biologi
- At least dapat gred B untuk subjek english
Asasi Kejuruteraan
- Untuk SPM, at least dapat gred 1 A- and 3 B untuk subjek addmath, matematik, fizik, and kimia
- At least dapat gred B untuk subjek english
Asasi Undang-Undang
- Untuk SPM, at least dapat gred A- untuk subjek english
- At least dapat gred C (kepujian) untuk addmath dan matematik
- Sekurang-kurangnya dapat gred 3 A- untuk 3 subjek yang lain selain daripada english, addmath dan matematik
Asasi TESL
- Untuk SPM, at least dapat gred A untuk subjek english
- At least dapat gred C (kepujian) untuk addmath dan matematik
- Sekurang-kurangnya dapat gred 3 A- untuk 3 subjek yang lain selain daripada english, addmath and matematik
- Lulus temuduga and ujian bertulis yang akan dijalankan oleh pihak fakulti
Untuk semak latest syarat kelayakan program asasi UiTM (2020) yang lebih detailed, korang lebih tengok sini ya:
CLICK HERE
Nasihat saya, if korang berminat dengan mana2 kos yang ditawarkan oleh UiTM, korang kena belajar dan target betul2 untuk SPM. Sekiranya gred yang korang dapat tu lebih tinggi daripada syarat minimum yang saya sertakan dekat atas tu, insyaAllah peluang untuk terpilih masuk tu sangat tinggi. Sebab pihak UiTM memang beri keutamaan and akan dahulukan pelajar yang dapat result cemerlang. Saingan memang sengit, sebab ramai students target untuk masuk asasi UiTM dengkil. Jadi study rajin-rajin tauu! hehe Semoga ada rezeki untuk korang terpilih masuk kos pilihan masing-masing. :)
UiTM Dengkil ni merupakan pusat asasi dan terdapat beberapa kursus Asasi:
- Asasi Sains
- Asasi Undang-Undang
- Asasi kejuruteraan
- Asasi TESL.
Untuk pengetahuan semua, cuma asasi TESL sahaja yang ada temuduga dan ujian bertulis untuk kemasukan nanti. Kos asasi yang lain takde temuduga.
3. Subjek di Asasi.
Asasi Sains
ELC080 - English for Foundation Studies
CTU085 - Tasawwur islam
If korang teringin nak tahu dengan lebih detailed subjek dan topik asasi sains UiTM yang korang akan belajar di semester 1 dan 2 nanti, boleh
CLICK HERE
Buat adik2 yang dapat tawaran ke asasi sains uitm, akak ada nak let go buku2 untuk subjek Chemistry, Biology and Mathematics. Condition masih elok (9/10). Normal price dia agak mahal tapi akak nak jual murah2 je hehe. Kalau berminat boleh
CLICK HERE
ELC080 - English for Foundation Studies
Untuk Asasi Kejuruteraan , subjek yang diambil sama seperti Asasi Sains kecuali Biologi ditukar kepada subjek CSC (Computer Science). Semester 2 pula ada perubahan bagi subjek Matematik di mana Asasi Sains akan ambil Mathematics For Scientists dan Asasi Kejuruteraan akan akan ambil Mathematics For Engineers, silibus tak sama.
ELC080 - English for Foundation Studies
ELC091 - Critical Reading and Reasoning for Foundation Studies
CSC134 - Computers and Information Processing
LAW038 - Legal Research and Information Processing Skills
LAW012 - Introduction To Law 1
LAW016 - Introduction to Malaysian System of Government and Politics
CTU085 - Tasawwur Islam
SEM 2
ELC092 - Communicative Skills for Foundation Studies
ELC093 - Academic Writing for Foundation Studies
CTU086 - Tasawwur Islam
LAW037 - Introduction to Law II
LAW087 - Introduction to Law III
LAW039 - Introduction to Social Psychology and Criminology
ECO099 - Introduction to Economics
Jadi dalam kesemua subjek ini mana yang paling senang? Semua senang asalkan korang semua fokus dalam kuliah, siapkan tutorial dan kurangkan main-main di Asasi. hehe
4. Pengiraan Pointer UiTM dan Pointer UPU.
Pengiraan pointer setiap subjek terdiri daripada 50% carrymarks ( Test 1&2, Kuiz, Assignments, dan Lab Reports) dan 50% lagi datang daripada markah Final Exam. Senangkan untuk skor A? Tapi kenalah jaga carrymarks, belajar kena konsisten gitu. By the way, yang sistem 2 test ni waktu zaman akak la. Kalau tak silap, adik2 asasi sekarang cuma akan ada mid-term test dan final exam sahaja. Maksudnya korang cuma akan ada 1 test sahaja before final exam. Pengiraan Pointer UiTM dan UPU sangatlah berbeza di mana Pointer UiTM mengambil kira semua subjek yang diambil (6 subjek yang dinyatakan di atas tadi) jadi bolehlah dikira dengan jari bilangan pelajar yang dapat 4.00 flat UiTM.
Pengiraan CGPA pula dikira daripada purata markah semester satu dan semester dua. Sebagai contoh, masa semester satu Biologi dapat 69, B+ dan lepas study bermati-matian jaga carrymarks untuk semester dua dan score masa final dapatlah Biologi 87%. Hasil tambah markah semester satu dan dua tadi ialah 156 dan dibahagi dua untuk purata dapatlah 78%, A. Mudahkan?
Pengiraan Pointer UPU pula berdasarkan 3 subjek iaitu Matematik wajib dan dua lagi subjek sains terbaik. Jadi boleh fokus hanya pada dua subjek sains. Contohnya if korang tak minat Fizik yang asdfghjkl beribuuu formula nak diingat, boleh fokus dan dapatkan A untuk Kimia dan Biologi untuk 4.00 flat UPU. Bilangan pelajar yang dapat 4.00 flat UPU sangatlah ramai belum tengok pelajar matrikulasi lagi, besar saingan.
5. Biasiswa/Elaun
Alhamdulillah setiap semester, KPM akan beri biasiswa atau elaun dalam RM1960. Biasiswa ni sangatlah cukup kalau guna duit ke jalan yang betul (HAHAHA kemain ke jalan yang betul). Maksudnya tak guna untuk online shopping dan sebagainya. Biasiswa yang diberi ini boleh guna untuk bayar yuran pengajian, yuran penginapan dan tanggung makan minum masing2.
6. Peperiksaan (Test).
Kalau zaman akak dulu setiap semester akan ada dua test yang perlu diambil dan setiap satu test mewakili 10-15% carrymarks. Untuk zaman korang ni nanti akan ada satu test sahaja, iaitu mid-term test. Bagi setiap semester juga ada final exam dan macam mana kalau failed final exam, gred C- (45-49% dan ke bawah). UiTM tak akan terus buang pelajar yang gagal, akan ada ujian ulangan untuk ditapis mana-mana pelajar yang punya peluang lagi untuk teruskan ke semester dua. Selain itu, para pelajar yang failed juga akan ditawarkan ke diploma oleh UiTM. Prihatin kan UiTM?
All the best everyone! hehe
Credit to : madeinuitm.com
Labels: Asasi Sains Uitm Dengkil