WHO AM I ?



Hi , Welcome to my blog ! I am Nuril and from Kelantan. I'm currently studying at Uitm Puncak Alam in Bachelor of Pharmacy .

If you have any questions, feel free to ask or dm me anything that crosses your mind on my curiouscat account! You can also simply click on the "ASK ME" button above to ask your question anonymously.

I will try my best to reply your questions as soon as possible. Do check the website for my answers from time to time. Thank you :)


READ MORE ABOUT ME
Tips Untuk Lulus Peperiksaan Forensik Farmasi
28.6.20 | 1 comments


Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad

Assalamualaikum and Hi !


Malam ni rasa macam penat sangat dah nak hadap assignment2. So saja nak cari tahu sikit pasal farmasi. Walapun sekarang baru sem 4 and ada lagi 4 sem hahahaha, tapi takde masalah kan untuk ambil tahu lebih awal hehe. Just untuk rujukan di masa hadapan and kot2 ada juga antara korang yang nak tahu pasal farmasi kan, so saya simpan dalam blog ni je la dulu. 

Okay, mana-mana individu yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli farmasi di Malaysia ni perlu memenuhi beberapa syarat:

  • Memiliki kelulusan yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia
  • Telah menjalani housemenship/latihan sebagai ahli farmasi berdaftar bersyarat (provisionally registered pharmacist - PRP) di mana-mana hospital/premis yang telah ditetapkan oleh kerajaan
  • Lulus peperiksaan forensik farmasi semasa dalam tempoh latihan sebagai PRP.

Forensik ni bermaksud penggunaan sains untuk menjawab soalan yang berkait dengan perundangan. Oleh yang demikian, forensik farmasi bermaksud penggunaan pengetahuan di dalam bidang sains farmasi untuk menjawab soalan yang berkait dengan undang-undang.

Setiap ubat-ubatan dan sesetengah bahan kimia yang dijual dan digunakan oleh pesakit, industri perkilangan dan sebagainya tertakluk kepada undang-undang negara. Undang-undang yang berkaitan dengan ubat-ubatan, racun dan bahan kimia antaranya ialah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah dan Peraturan Racun 1989. Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggungjawab memastikan semua undang-undang ni dipatuhi oleh para penjual dan pengguna ubat-ubatan, dadah dan juga racun. Oleh kerana ahli farmasi merupakan golongan profesional yang dilatih untuk mendalami dan mempelajari tentang sifat-sifat ubat-ubatan, dadah dan racun, maka ahli farmasi yang berkhidmat di bawah '

Kementerian Kesihatan, khususnya Cawangan Penguatkuasa Farmasi diberi tanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang berkaitan dengan ubat-ubatan/dadah/racun. Jadi - itulah sebabnya ahli farmasi yang ingin mendaftarkan diri dorang dengan Lembaga Farmasi Malaysia perlu menduduki Peperiksaan Forensik Farmasi - supaya sekurang-kurangnya mereka ni appreciate dan ambil tahu berkenaan undang-undang yang berkait dengan ubatan/dadah/racun,supaya mereka sendiri patuh pada undang2 dan mampu menjalankan tugas menguatkuasakan undang2 jika mereka diarahkan untuk berbuat demikian.

Peperiksaan Forensik Farmasi 
  • Kebiasaannya dijalankan sebanyak 3 kali setahun - Mac, Jun, November. 
  • PRP perlu lulus dengan markah >60/100 untuk membolehkan mereka didaftarkan dengan Lembaga Farmasi Malaysia sebagai ahli farmasi berdaftar penuh.
  • Format soalan mungkin berubah-ubah setiap tahun. 
  • Secara asasnya ada dua bahagian: Objektif & Esei/Subjektif.

Tips untuk lulus peperiksaan forensik
  • Pastikan cara menulis/merujuk undang-undang yang bersesuaian sebagai jawapan tu betul
  • Katakan korang nak rujuk Poison Act 1952, Section 19, tulis macam ni - PA 1952, S19. Katakan korang nak rujuk Poison Regulation 1989, Regulation 8, tulis macam ni - PR 1989, R8. Pastikan korang tau beza Act & Regulation. Bagi Act, setiap perkara di bawah Act dirujuk sebagai Section. Bagi Regulation, setiap perkara yang dinomborkan di bawah Regulation tu dirujuk sebagai Regulation jugak.
  • Buat latihan objektif untuk soalan tahun-tahun sebelumnya. Soalan objektif pattern dia berulang-ulang.
  • Jawab semua soalan, kalau tak mampu nak salin ayat bulat-bulat daripada section atau regulation, tulis dalam singkatan eg PA 1952, S7. Jangan biarkan ada soalan yang dibiarkan tak berjawab.
  • Jawab soalan yang korang rasa senang terlebih dulu.
  • Tandakan buku undang-undang dengan penanda muka surat, supaya senang nak cari akta/peraturan/section bila jawab soalan.


Okay kat bawah ni pulak, saya share sekali tips from my seniors. Untuk dapatkan notes/mindmap/past year questions, just click here. Semoga membantu!


Tips On How To Pass Pharmacy Qualifying Exam 

1. Drill on past year questions. This is really helpful!

2. Answer at least 70 questions

3. Don't answer DDA (5 questions only). If you are confident, then you may answer them.

4. Don't start answering with Poison Act.

5. Start answering with the act that u are pro with. For example: masa/soda/ropa

6. Mandatory to answer Dunas/GGM/ Code of Ethics! This is where you can secure your marks.

7. Practise your timing


Credit to: bpharmuitmgen5

Labels: