Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad
Assalamualaikum and Hi !
Tujuan post kalini sama macam previous post saya yang Q&A about Bachelor of Pharmacy UiTM tu (
CLICK HERE), hehe. Soalan2 berkenaan asasi sains ni pun memang agak kerap saya terima soalan yang sama and lebih kurang je. Jadi, untuk memudahkan saya menjawab soalan sama and berulang, nanti saya akan directkan korang kepada link post ni je senang hahaha. So takdelah saya nak kena jawab yang soalan sama banyak kali kat dm and akaun curiouscat saya tu kan? hehe.
Apa2 pun semoga jawapan saya ni menjawab persoalan korang. If ada yang masih tak jelas, jangan ragu2 and segan2 untuk dm dan tanya saya dekat akaun curiouscat saya (
CLICK HERE). InsyaAllah saya akan jawab mana yang saya tahu. If saya reply lambat, saya nak mohon maaf awal2. Mungkin waktu tu saya tengah sibuk siapkan assignment ataupun tengah sibuk buat preparation untuk exam hehe
Program Asasi kan only 1 year, so like do you feel pressure or hard to study all the subjects in a year? Most of the topics lebih kurang macam time spm dulu ke?
Yup, ada jugak topics lbih kurang and sebijik time spm. Ada yg lebih mendalam sikit, and banyak juga topics baru. Honestly, sometimes rasa stress tu ada je sebab topics and credit hours tu banyak. Actually jadual packed lebih kurang time sekolah jugak la. Pergi kls pukul 8 pagi and balik around 4/5/6 ptg. Takdela kelas memanjang, ada juga gap bila kelas takde and blh balik berehat. Ada juga kls yg takde sebelah pagi, ni syokla 😂 Dulu saya spm belajar in BM and it takes time juga la sbb nak adapt dgn new terms yg kita belajar wktu spm to english. Guna google translate memanjang hahaahah But dont worry, insyaAllah still boleh catchup even topics tu banyak. As long as awak blh manage masa dgn baik, you can do very well. 😊
Ada simpan lecture note and past year questions untuk asasi sains tak?
Yup, ada for both semesters. Cumanya ada certain subjects tak complete tau. Boleh tekan link dibawah:
Buat adik2 yang dapat tawaran ke asasi sains uitm, akak ada nak let go buku2 untuk subjek Chemistry, Biology and Mathematics. Condition masih elok (9/10). Normal price dia agak mahal tapi akak nak jual murah2 je hehe. Kalau berminat boleh
CLICK HERE
Boleh ke saya belajar silibus yang akak share untuk asasi sains tu ? Adakah setiap tahun chapter akan berubah?
Boleh ajee, at least dapat tahu lebih awal how and what are the topics that you will learn nanti. Silibus asasi semua lebih kurang aje. Actually asasi sains ni dia ada banyak lecturers yg mengajar that particular subject. Diff lecturer ada diff lecture note. So basically they are not using the same lect note untuk ajar the students bagi satu2 subject. Content lect note setiap lecturer beza, sebab masing2 lecturers guna lect note sendiri untuk mengajar students diorng. Tapi silibus and topics masih sama. Same goes to the lect notes yg ada dlm blog saya, silibus and topics sama aje hehe. If awak dapat masuk asasi sains, you may get diff lect note, not exactly the same as mine, sebab you may get diff lecturer nanti. Itu aje hehe
Subjek yang kita belajar dalam asasi sains uitm ni sama je ke dengan asasi sains dekat university lain?
Yup, semua asasi/matrik yang jurusan sains silibus lebih kurang sama je. 😊
Exam waktu dekat asasi ni same ke macam spm? I mean kat spm kan ade format nak jawab macam mana. Kalau kat asasi ni exam dia based on content fully or macam jawab spm jugak which is jawab secara berformat?
Waktu asasi dulu ada soalan objective and essay macam biasa je. Dulu takde specific format pun untuk menjawab soalan tu. Soalan2 pun kebanyakkannya direct je dari lecture note, so penting untuk faham and hafal point2 dari lecture note tu and boleh terus jawab in essay biasa je.
Saya dapat 6A spm dan lepas syarat untuk mohon asasi sains uitm, akak rasa saya dapat tak kalau result macam tu?
InsyaAllah 6A pun boleh. As long as result awak melepasi syarat kemasukan ke asasi sains uitm, which is at least dapat 1A- and 3B untuk subjek addmath, fizik, kimia and biologi. Pastu english at least dapat B. Saingan untuk masuk ke asasi sains uitm ni agak sengit, so if gred awak untuk subjek2 ni lebih tinggi dari syarat minimum ni, insyaAllah peluang tu masih tinggi. Jangan putus doa, semoga ada rezeki untuk awak. All the best! 😊
Untuk semak latest syarat kelayakan asasi sains (2020) yang lebih detailed, awak lebih tengok sini ya:
CLICK HERE
Nanti bila dah habis asasi kita kena isi upu pulak ke?
Yup, untuk permohonan degree pun nanti kena isi melalui upu jugak.
Asasi sains tu ada dua bidang pilihan ke? Umum dan kejuruteraan? Atau memang satu jer, iaitu medic?
Kalau asasi dekat uitm dengkil, ada 4 jenis kos asasi:
- Asasi sains
- Asasi kejuruteraan
- Asasi undang-undang
- Asasi TESL
So basically, asasi sains and kejuruteraan tu adalah 2 kos yang berbeza dekat uitm dengkil. Asasi sains dekat uitm cuma ada satu kos sahaja and belajar secara umum untuk subjek mathematic for scientists, physics, chemistry and biology. So untuk sambung degree nanti, students asasi sains boleh sambung macam2 jenis bidang. Contohnya macam medic, pharmacy, dentistry, veterinary, nursing, kos2 health sciences yang lain, and banyak lagi. Kalau asasi kejuruteraan memang fokus kepada subjek khusus untuk engineering macam mathematics for engineer, chemistry, physics and computer science. So, kos ni takde subjek biology.
Apa biasiswa yang boleh dimohon dan macam mana cara nak mohon biasiswa?
Kalau dah masuk asasi sains UiTM ni, awak takperlu dah nak fikir pasal biasiswa lain. Hahahah Jangan risau, nanti KPM akan berikan kepada setiap pelajar asasi biasiswa ataupun kita panggil sebagai elaun sebanyak RM1900+ setiap semester. Kalau zaman akak dulu (2017), kitorang dapat elaun sebanyak RM1960 setiap semester. Untuk zaman awak ni tak sure la akan dapat berapa nanti hehe. Basically, duit tu boleh la guna untuk bayar yuran pengajian, yuran penginapan and belanja makan minum. Gunalah duit tu elok2 ya hahaha
Bila dah habis asasi nanti, boleh lah dapatkan info tajaan berkenaan biasiswa/pinjaman/bantuan untuk teruskan zaman degree nanti, hehe awak boleh refer link ni ya:
CLICK HERE
Actually, kebanyakkan tajaan pinjaman pelajaran yang sekarang ni dah jadi bentuk pinjaman boleh ubah, termasuklah JPA, MARA, Yayasan Bank Rakyat, Yayasan Negeri etc. Kalau ambil pinjaman boleh ubah, if result awak gempak and cemerlang, nanti pinjaman tu akan ditukar kepada biasiswa.
Untuk degree sekarang, akak under tajaan JPA. Syarat khusus permohonan JPA, at least kena dapatkan pointer 3.00 and above. Untuk JPA, make sure waktu semester 1 degree awak struggle betul2 and target dekan. Sebab saingan untuk dapatkan biasiswa JPA ni sengit jugak. So kena kasi result gempaklah baru peluang untuk dapat tu lebih tinggi hehe.
Nanti awak boleh apply Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) under JPA waktu semester 2 degree guna result semester 1. Ada beberapa lagi syarat khusus PIDN JPA (tahun 2020), nanti awak refer link ni ya:
CLICK HERE. Dah dapat JPA ni, insyaAllah ringan sikit beban sepanjang pengajian degree. Nanti dapat RM5500 setiap semester hehe. Sangatlah syok 😂 Even dah dapat tawaran JPA nanti, kena ingat yang kita masih perlu maintainkan result yang cemerlang setiap semester. At least kena maintainkan pointer 3.00 and above. 😊
Macam mana akak survive dulu dengan new terms in english?
Cara untuk survive kos asasi dgn new terms in english ni adalah awak kena konsisten buat revision, dan cuba untuk fahamkan dan hafal perkataan tu. Kalau boleh after habis kelas, take a break kejap then terus buat revision, cuba fahamkan topik tu dengan baik. Barulah kita terbiasa dengan new terms tu. If dah baca berulang kali tapi still takleh faham, cuba tanya2 lecturer untuk terangkan semula or minta member yg faham that particular topics untuk explain kat awak. Selalunya bila member tolong explain, lebih senang faham as in buat study group. Lagi2 subjek biology ni, memerlukan kita untuk faham. Boleh try ajak member2 baru belajar in Google Meet sama2. If tak faham, boleh saling bertanya antara satu sama lain. This will help you guys untuk membiasakan diri dengan new terms.
Trust the process. Untuk biasakan diri dengan new terms ni memang makan masa. Even saya dulu pun, bulan pertama kat asasi sama la macam awak. Struggle jugak untuk biasakan diri dengan new terms. At the same time, rasa excited untuk belajar sebab nak luaskan lagi vocabulary tu. Cuba untuk wujudkan rasa semangat untuk belajar jugak, tu pun penting untuk kita terus kekal konsisten belajar and takmudah giveup. Since awak pun baru lagi, jangan risau okay 😊 Biasa la tu awal2 masuk ni rasa takut rasa risauu takboleh survive en. Hehe tapi percayalah, if awak rajinkan diri buat revision selalu, insyaAllah awak mampu untuk survive and dapat result cemerlang 💪🏻💪🏻 Untuk mudah ingat maksud sesuatu perkataan tu:
- Catat makna untuk setiap perkataan dalam lect note. So that setiap kali study, makna dah tulis siap2. Takdelah nak kena check google translate memanjang hahah
- Cuba fahamkan dan hafal word by word. Ni cara akak dulu la. Ni depends diri awak, maybe awak ada cara tersendiri.
- Selagi belum faham that particular subtopik, jangan proceed next subtopik lagi. Fahamkan dulu apa yang belum faham and terangkan dekat diri sendiri as in macam borak sorang2 😂 Cara ni sangat membantu untuk mudah ingat new terms, bagi akak hehe
Actually ada lagi beberapa questions, ada masa free nanti saya update semula. nak settlekan assignments yang tengah beratur ni dulu hehe
Labels: Asasi Sains Uitm Dengkil, Persediaan Ke Universiti / IPTA, Tips Belajar Berkesan, UPU
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad
Assalamualaikum and Hi !
Buat adik2 spm yang dapat tawaran asasi sains uitm dengkil, akak ada nak let go buku2 yang boleh korang refer sebagai rujukan tambahan selain daripada lecture notes. Buku ni dijual waktu akak awal2 masuk UiTM Dengkil in semester 1. Buku ni sangat bagus untuk korang beli, especially for those yang jenis suka baca buku, nak faham dengan lebih terperinci apa topik yang korang belajar. Sometimes, lecture note yang lecturer kasi tu hanyalah explanation secara ringkas, and susah nak faham sebab takcukup information. So, untuk lebih faham korang boleh beli buku2 ni untuk tingkatkan pemahaman masing2. By the way, buku2 ni masih boleh diguna if korang ambik kos yang berkaitan dengan sains (chemistry, biology & physics) atau math bila masuk degree nanti.
Regarding the edition, if you guys nak cari edition latest dengan UiTM pun boleh aje. Since sekarang korang akan belajar secara online (ODL), pembelian buku pun akan melalui online jugak. So harga agak pricey lah if korang beli baru plus postage pun agak mahal sebab buku2 ni tebal dan berat around 2-3kg. For me, if korang nak beli previous edition yang kitorang pun is not a problem, insyaAllah. Kitorang punya tahun 2017, so takdelah jauh beza pun dengan the latest one. Fakta dalam buku masih tak berubah pun and masih boleh digunakan as reference untuk fahamkan that particular topics. Edition kitorang pun masih lagi cover topics asasi. Buku ni adalah global edition , so tak semua topics dalam buku ni asasi cover. Asasi hanya cover certain topics sahaja untuk silibus. Maybe the latest edition hanya buat penambahan pada topics yang tak belajar waktu asasi pun. In my opinion, if you guys guna edition lain pun tidak menjadi masalah hehe
Akak dah lama simpan buku ni, cuma baru terfikir nak let go. Condition buku masih elok. Buku ni memang agak mahal kalau beli yang baru, tapi akak nak jual murah2 je hehe. Boleh refer "STATUS" buku ni untuk tahu masih available atau sold out. If ada yang dah terjual akak akan terus update kat situ. Harga ni exclude postage tau. Kalau ada yang berminat, boleh pm akak dekat IG:
@nuurilain
ATTENTION: Ada buku member saya yang masih available. If berminat, boleh refer details and cepat2 DM dekat IG yang saya provide di bawah. Sape yang bayar dulu akan dapat buku tu tau hehe.
Alhamdulillah, some of the books dah sold out. But since masih ada some of you guys yang berminat nak beli buku2 ni dengan harga murah, nanti boleh DM akak dekat IG. So nanti akak akan update semula untuk promotekan buku2 member akak punya. InsyaAllah condition pun masih elok.
General Chemistry 11th Edition
Price: FREE (only pay for postage) (Normal price RM90-95)
Status: SOLD OUT
Owner: @adlinasaharuddin
Condition: 9/10
Price: RM50 exclude postage (Normal price RM90-95)
Status: SOLD OUT
Owner: @knisaharun
Condition: 9/10
Price: RM60 exclude postage (Normal price RM90-95)
Status: SOLD OUT
Owner: @nuurilain
Pearson Campbell Biology 7th Edition
Price: FREE (only pay for postage) (Normal price RM90-95)
Status: SOLD OUT
Owner: @adlinasaharuddin
Condition: 9/10
Price: RM75 include postage (Normal price RM90-95)
Status: SOLD OUT
Owner: @izzahzainolabidin
Condition: 10/10
Price: RM60 exclude postage (Normal price RM90-95)
Status: SOLD OUT
Owner: @wrdna_99
Condition: 9/10
Price: RM60 exclude postage (Normal price RM95)
Status: SOLD OUT
Owner: @nuurilain
College Physics 10th Edition
Buku ni is not mine, tapi kawan saya punya. Saya punya dah hilang and takkan jual pun kalau jumpa balik, sebab penuh dengan conteng dan highlight, hahahaha. Untuk physics dekat asasi uitm, kami memang sepenuhnya bergantung kepada buku teks ni. Semua lecturer akan guna buku ni as reference untuk kelas lecture and tutorial. Untuk latihan pun memang guna buku ni je and ada lampiran yang sertakan jawapan untuk semakan. Buku ni sangatlah membantu untuk kita faham dengan lebih baik subjek ni. So dont expect buku kawan saya ni condition macam buku baru, hehe sebab berconteng jugakla katanya. Mungkin kalau korang masih berminat nak beli dengan harga murah, boleh direct DM dia kat IG ya.
Condition: 6/10 (10th edition)
Price: RM30 exclude postage (Normal price kalau taksilap above RM75)
Status: SOLD OUT
Owner: @knisaharun
Condition: 6/10 (11th edition)
Price: RM50 exclude postage (Normal price kalau taksilap above RM75)
Status: SOLD OUT
Owner: @knisaharun
Condition: 6/10
Price: RM10 include postage (Normal price kalau taksilap above RM75)
Status: SOLD OUT
Owner: @izzahzainolabidin
Condition: 6/10
Price: RM40 exclude postage (Normal price kalau taksilap above RM75)
Status: SOLD OUT
Owner: @wrdna_99
Foundation Mathematics I (Semester 1)
Buku ni sebenarnya buku latihan sahaja. Waktu akak dulu biasanya lecturer akan mintak students siapkan sendiri and akan bincang dalam kelas. Kadang2 lecturer bincang soalan-soalan ni dengan students and terus bagi jawapan jalan kira dekat whiteboard untuk students salin. Untuk buku mathematics semester 1 dan 2 yang akak nak let go ni, semua soalan dah lengkap dengan jawapan yang akak salin masa lecture dulu. So basically, semua soalan dah bertanda and insyaAllah semua jawapan jalan kira ni betul sebab akak salin dan tanya direct dengan lecturer. Jangan risau, buku ni ada sediakan jawapan untuk setiap soalan juga dekat last page untuk semakan.
Price: FREE (only pay for postage) (Normal price RM30-40)
Status: SOLD OUT
Owner: @adlinasaharuddin
Condition: 6/10
Price: RM10 exclude postage (Normal price RM30-RM40)
Status: SOLD OUT
Owner: @knisaharun
Note: Buku member saya ni sama je macam saya punya. Most of the questions juga lengkap dengan jalan kira, cuma ada a few questions sahaja yang takde jalan kira. Boleh terus DM dia sekiranya berminat.
Condition: 9/10
Price: RM15 exclude postage (Normal price RM30-RM40)
Status: SOLD OUT
Owner: @nuurilain
Foundation Mathematics II (Semester 2)
Price: FREE (only pay for postage) (Normal price RM30-40)
Status: SOLD OUT
Owner: @adlinasaharuddin
Condition: 7/10
Price: RM15 exclude postage (Normal price RM30-RM40)
Status: SOLD OUT
Owner: @knisaharun
Note: Buku member saya ni sama je macam saya punya. Most of the questions juga lengkap dengan jalan kira and yang ni lebih kemas sikit. Boleh terus DM dia sekiranya berminat.
Buku yang ni pun dah lengkap dengan jalan kira jawapan yang akak dah salin waktu lecture dulu. So basically sama je macam semester 1 tu.
Conditon: 9/10
Price: RM15 exclude postage (Normal price RM30-RM40)
Status: SOLD OUT
Owner: @nuurilain
Labels: Asasi Sains Uitm Dengkil